Masalah Haid Yang Berpanjangan

Assalamualaikum

Okay entri kali ni dikhususkan untuk pembacaan mereka yang bernama wanita, remaja perempuan, kaum hawa,girls, hijabista dan puan puan di luar sana. Baiklah sebelum saya mulaa menyembangg dann menaip dengan laju, pembacaan untuk kaum adam tidak digalakkan tapi kalau hampa semua nak tambah ilmu pengetahuan manaa nak tauu kot anak perempuan hampa kaa bini hampaa di masaa hadapan nanti mengalami masalah ini bolehh bacaa laaa nohh.


                                             
Secara ringkas, sesetengah perempuan ada yang mengalami haid abnormal iaitu haid yang tak betul, period yang mental breakdown, gelong dan mabuk contohnyaaa macam aku. Okay aku cerita sikit pengalaman aku. Aku memang ada masalah haid tak teratur start aku form 3. Bila period datang, period tuu akan berlarutann sampai berminggu minggu. Dalam Islam kalau darah yang keluar lebih 14 hari ituu namanya darah istidhadah (darah penyakit). Maksudnya walaupun darah still ada hari yang ke 15 tuu dah boleh sembahyang tapi kena cuci darah dan gantikan dengan tuala wanita yang baharuuu baru boleh solat. Dan tiap kali aku nak solat aku terpaksa cuci tuala wanita, bersihkan darah bila nak solat dan ulangg benda yang sama selama hampir 2 bulannn. Bayangkanlaahh betapaa payahnyaa akuu dulu 2 bulann kot wehh darah tak berhenti keluar dan terpaksa buat perhitungan ikut 28 hari untuk period seterusnya dan lebih 14 hari bulan seterusnya aku solat dan terpaksa melakukan rutinn penyuciann bilas kering balik kuang tuala wanita.

Bila ada masalah macam ni jangan buat bodoo diam membeku di rumahh. Pergi jumpa doktor. Serius tolong pergi jumpa doktor. Mereka doktar dan mereka lebih tahu Acewahh hahaha. Aku pun pergi laa jumpa doktor. Aku jumpa doktor awal kot tapi masalah ni berlarutan sampai 2 bulann. Doktor kata, biasanyaa "hormon tak stabil ni dikk." "Awak stress kaa?" blaa blaa blaa So doktor yang sangat tahu menahu akan memberi ubat berhenti darah, ubat stabil hormon. Tapi still takdak perubahan. Ubat berhenti darah sampai habis tapi darah still ada. Bila takdak perubahan, aku rujuk pakar ginokologi pakar sakit puan laaa senang citaa.Sebab sampai satu tahap tuu darah aku keluar berketul ketul macam daging. erghhh aku tengok pun ngeri.Dinding uterus jatuhhh bergugurann. Hahahah dindingg kottt.  Pastu dengan sengugut sampai mukaa pucat aaaa. Mak aku punn paaa lagi dia menyuruh ayahhh memandu dan pergi sepitallll. Aku dah pesan lelaki jangan baca entri ni. Hahaha ngeri siaaa.

Biasanya, doktor akan buat ultrasound untuk check sama ada fibroid ataupun tak. Fibriod ni ketulan yang kalau tak buang bahaya. Nak cerita lebih lebih pasal fibroid ni aku punn bukannya doktor nak explain dengan lebih mendalam dan terperinci hampa cari aaa sendiri google berlambak.Tapi aku takdaa punn fibroid cumaa rahim aku bengkak sikit sebab pengaliran darah yang banyak kann. Jadi doktor pun bagilahh ubat yang sama macam mana doktor klinik bagi tapi obat hospital biasa aaa lagi padu dengan power.  Tapi, yang tak bestnya dia bagi pil perancang kehamilann tuuu. Aku bagitau siap siap, bila dapat pil perancang ni, jangan seronok sangat telannn. Ada effect pada masa depan kalau taksub sangat . Memang laaa fungsinya bagi stabil balik hormon tapi remaja yang usianya masih muda belia bergetah skrubb tak digalakkan ambik.

Kesan pil perancang ni dia boleh effect tahap kesuburan kita sebagai perempuan. Susah nak mengandung nanti wehh kalau dok amal makan pil perancang ni.Gilaaa aku taknak aaa. Takkan aku nak belaa dan didik anak kucing jaa seumur hidup aku.Hahaha.Sebab tuu aku makan sekali jaaa. Pastu aku tak makan dah pil ni. Dan waktu tuu aku redhaa dan pasrah jaa dengan rutin penyucian tuala wanita untuk solat. Tapi waktu ni aku still tak putus asa sabar memangg kena sabar. Mak aku ikthiar jugak cara lain dengan perubatan Islam Darus Syifaa. Aku amalkan air penawar yang ustaz tuu bagi. Alhamdulillah dengan izin Allah darah istihadhah aku berhenti.

Satu lagi ikthiar ialah aku ambik Supplement GLA Complex Shaklee. Aku bukan nak promote produk Shaklee tapi aku memang boleh recomend dekat semua yang ada masalah haid berpanjangan macam aku dah 3 tahun aku amalkan. Alhamdulillah. Supplement ni dia bukan macam pil perancang tadi. Tiada kesan sampingan pada masa hadapan sebab bahan bahan supplement semuanya bahan organik yg thorbaikk dari ladangg hahaha. Fungsi supplement ni, bantu stabilkan period anda yang gelong mental breakdown itu, kurangkan masalah sengugut, stabilkan balik hormon dan meningkatkan kesuburan. Tapi, pengambilan kena konsisten jangan skipp kejap makan kejap tak. Saya ulang kena konsisten yaaa tuann tuann!Sebab aku pernah tak konsisten dan main main makan supplement pastu haaa ambik period tak stabil balik pastuu aku mulai insaf dan konsistenn. Dan semuanyaa normal seperti biasa.



Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Bila aku mula mengeluh dengan apa yang aku alami 3 tahun yang lalu, mak aku cakapp aipppp jangan mengeluh Allah bagi ujian ni sebab Allah tahu kita mampu hadapi. Waktu tuu aku rasa punya bersalahh gilaa aaaa. Dan aku berhenti mengeluhh, berdiam dan bertafakur dan muhasabahhh.Yang penting mak aku kata jangan pernah berhenti berdoa. Waktu tuu aku tak pernah berhenti berdoa mintak Allah sembuhkan aku. Permudahkan aku untuk beribadat macam dulu.Memang laaa doa yang kita mintak tak semestinya dapat terus. Sebab manusia ni mudah lupaa daratan. Sebab tu kadang2 Allah takkan bagi awal. Bersangka baiklah sentiasa dengan Allah. Dua bulan aku doa dan tunggu dengan penuh sabarr untuk Allah reply doa aku. Alhamdulillahhh. Finally gais, Allah dengar doa aku.Perasaan syukurrr dan gembiraa tuuu hanya Allah jaa yang tahu.

The end






No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik