Tragedi Balik Raya

Assalamualaikum. Yaaa masih belum terlambat untuk  ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir (luaran) batin (dalaman) haaaaa tudiaaa hangg. Macam tahun lepas aku cerita suasana hari raya. Tahun ni takyah cerita laaa.Tapiiiiii satuu bendaa bersejarah  dan tragedi dalam hidup aku yang memang aku takkan lupaaa Insha Allah smpai laaa aku tuaa aku akan ceritaa kat anak cucu yang dulu nenek pernah terlepas, tertinggal, atau lebih spesifiknya kena tinggal dengan train ets. Huhuhuhuhuhuhu. Dah laaa nak balik raya, punyaa excited nak balik last2 kena tinggal. Perasaan diaa tuu macam lagi pedih dari kena tinggal dengan boyfriend tauu dakk sebab feeling nak balik rumahh tuu membuak buak macam bungaa api dan mercun di hari raya.

Aku pun taktau laaa apa masalah aku pada hari tragedi mungkin aku mengalami masalah mental sebab tak cukup rehat dengan assignment ataupun memang aku ada masalah tahap kerabunan mata yg kriktikal smpai baca dan convert jam pun salah. Sampai sekarang aku jadi macam traumaa dan kecemasan. Hahaha. Malam sebelum keesokkannya nak balik, aku punyaa excited packing bajuu tuu aku sumbat sumbat baju sampai zip beg aku terputus. Hmmmm nasib ada backup beg rodaa akademi fantasiaaaaa. Terpaksa laaa wehh bawak beg yang acah acah macam nak naik flight tuu.

Hari tragedi, naik putra lrt smpai kl sentral. Dahh smpai dah kl sentral. Tinggal nak naik ets jaa lagi. You know just one simple steps iaitu naik ets tapi akuu faileddd part tuu. Tau takk failedd haaaaaaa. Geram pulak aku. Steps ni lagi senang dari nak selesaikan addmathh. Tapi aku failedd. Haaaa dia punya geram tuuu mcm rasa nak bukak puasa MacD yang aku beli haritu sebab kononnya nak bukak puasa atas trainn laaa. Aku smpai kl sentral awal rasanya harituu tapi sebab aku cuai dan lalai alpa dan leka, musnahh segalaanyaa. Haha. Disini saya berpesan kpd semua, bila dah beli tiket, toloongggggg tengok waktu prjalanan anda pukul brapa bacaa laaaa khatam laaa sampai muntah. Pastuu tengok laaa tiket tuu sampai tembus laser punn takpaa. Janji tak terlepas. Macam kes aku ni, aku silap convert waktu 24 jamm tikett train ets aku. Haaaaa rasa mcm nak mencarut kann. Astagfirullah.17.40 pukul 5.40 petangg jannah oiii. Aku pi tambah 1 jam lagi jadi pkul 6.40 ptang. Weiii kalau cikgu math sekolah rendah aku tahu ni, serius akuu kena lempang takpun kena sumpah tujuh keturunan. Huhu

Aku baru nak recheck balik tiket aku pukul 6 petang, hahahaha betapa noobnya aku ketika itu waktu tuu train ets dah berlalu pergiiiiiiiii tinggalkan aku. Aku nak kata apaaa aku jadi macam separuh pasrah pastu berhuhuhu waktuu tuuu pastu aku gelakk. Nasiblaa waktu tuu ada classmatee aku teman aku, Apek namanya.Terima kasih wehh. Bila dah tahu aku terlepas train tuu, aku masih steady dan fikir macam mana caraa nak balik jugak rumah. Aku nak balik jugak Parit Buntaqq.Okay kalau dah terlepas train, aku fikir mesti ada tiket bas.Kena jugak cari. Takkan aku nak beraya dekat Kuala Lumpur gilaa wehhh. Pastu dengar lagu raya syahduu di pagi raya. Memang tak laaa. Aku call laa family aku cakap aku terlepas trainn. Tahu apa aku dapat? Aku kena marah laaa wehh kena maki. Kahkah ambik kau jannah kena tembak padu tepat kena kepala dengan ayah. Mesti ayah aku terkejut waktu tuu sebab dah laa nak balik raya. Tetiba anak perempuan bertuah dia ni buat perangai tertinggal train.

Lepas call tuuu yang aku jadi sebakk tak terkataa tuuuuu. Menitik nitik ayaq mataa kat kl sentral. Drama habiss wehh. Haha. Dahlaa tertinggal train pastu kena marah. Bulan puasa pulak tuu. Huhu sabar jaa laa nak. Sis cobaa tabah waktuu tuuu.Terus hilang idea aku nak cari jalan pulang ke pangkal jalan. Lepas tu aku buat keputusan call mak sedara aku yang ada kat kl ni. Dia suruh try cari tiket kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan) sebab dia pun tak balik kerja lagi timee tuu. Okayy berpisah laa dengan Apek. Ikut haluan masing masing. Aku pun naik Putra LRT trun Masjid Jamek. Tukar pulak train naik Star LRT nak pergi TBS. Memang dugaan dan cabaran betul laaa wehh nak tukar train tuu escalator rosak pulak. Bayangkanlah aku dengan beg akademi fantasia pastu naik tangga yang tinggi macam separuh Batu Caves.Pastuu kannnnnn naik Star LRT dah betul dah naik tapi salah laluan pulak tuuu MasyaAllah. Hahahaha. Aduhh. Laluan aku naik tuu pergi arah PWTC.Tengok tuu tengok. Apa bendaa laa aku ni Hahaha.

Sampai aku dah penat sangat. Sampai mata dah lebam sebab air mata jatuh membasahi pipi pastu aku gelak sorang sorang sambil tolak beg akademi fantasia. Haaa hang rasaa? Mesti orang ingat budak ni putus cintaa agaknyaa pastu dia  membawa diri. Huhu. Waktu bukak puasa dah nak dekat, aku pergi surau untuk tenangkan diri. Masa tuu aku wassap group kelas cakap laaa tragedi yang menimpa aku.Semua classmates aku kann wehh nak cerita kat hampa semuaa. Depa punyaa membantuu tuu hanya Allah jaa yang boleh balas jasa depa punyaa prihatinn tuu sampai aku terharu dan bersyukur sangat. Semua classmate aku baik gilaa timee tuu baq hangg.Allahu terima kasih kawan kawan. Fatin,Fae dan Sya yang offer tumpang rumah untuk tidoq pastu kebetulan Abe dengan Syahmi nak tolong carikan tiket bas untuk aku dan semuanyaa laaa yang membantuu. Terima kasih wehh. Sampai air wuduk dengan air mataa punn dah jadi sebati. Aku punya terharu tuu sampai nangis tersedu sedu dalam surau. Haha. Sampai aku bukak puasa cheeseburger tak rasa burger laa. Aku rasa macam kunyah kertas.

Habis solat maghrib, pergi TBS dengan azam baru nak dapatkan tiket balik Parit Buntaqq. Jumpa Abe dengan Syahmi dan kemudian beli tiket dann yeayyy! dah dapat tiket. Semenjak itu, aku tatap tiket tuuu dengan penuh kasih sayang. Haha. Pastuuu kann Apek dengan familynya yang baik hati  tetiba nak ambik aku kat TBS dan hntar aku pergi rumah Fae dan familynya yang baik hati bagi tumpang rumah. Esoknya, mak sedara aku dengan suami datang ambil aku.Berdekah dekah depa gelak dengaq cerita aku kena tinggal train dan hantar aku naik bas dengan selamat keesokannya.
Hahaha Dan akhirnya, Alhamdulillah aku sampai jugak rumah dan berhari hari hari rayaa di kampung dan rumah sendiri. Semua pengalaman dan tragedi yang menimpa aku menjadikan aku lebih tabah dan independent untuk selesaikan masalah yang datang. Terima kasih semua yang membantu menjayakan drama tragedi balik raya Jannah tahun ini. Segala jasa dan pengorbanan amat dihargai.Semoga Allah membalas jasa kalian semua. Dah macam buat buku cerita aku rasa. Dah byee.


No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik