(Cambodia) Pengembaraan Secara Percuma (Part 2)

Assalamulaikum yaa hadirin sekalian, kita sambung rancangan pengembaraan secara percuma ini. Maaflah tak sempat nak update cepat sebab tak silap aku part 1 aku update masa tengah study week. Memang busy babunn laaa. Duduk rumah ni pejam celik tergolek, tinggal 2 minggu jaa lagi nak habis cuti sem aku. Masa tuu lahh aku dok meroyann kat ibu dan ayah  mempersoalkan kenapa rasa cuti sekejap sangat.

Okay. Kita sambung hari berikutnya. Setelah malam penat cirit, esok pagi rasa macam dah legaa laa kann. Aktiviti seterusnya iaitu pada tanggal 31 Ogos, Hari Merdeka kannnn, so kami dijemput untuk menyambut Hari Kemerdekaan di Kedutaan Malaysia di Phenom Penh. First time hang tauuu sambut merdeka dekat overseas. Selalunya hari Merdeka kan cuti, aku sambut atas katil membutaa selagi mata boleh pejam aku pejamm. Lepas nyanyi, laung Merdeka apa semua. Kedutaan bagi makan freeee wehh freeee. Walaupun dia bagi makan kuih tradisional Malaysia (ketayap,karipap,cucuq badak,seri muka, talam dua muka dll). Perasaan rinduu kat Malaysiaa tuuu bertambah teruk walaupun baru 4 hari kat sana. Aku dah cakap aku suka over! Hahaha




Setelah kenyang menikmati kuih muih percuma,perjalanan kerja kemasyarakatan kami bersambung dengan naik van 2 jam setengah untuk ke Sungai Mekong. Lama jugak. Berapa kali aku tidoq jaga tak sampai sampai. Last last aku tak boleh tidoq dah sebab tiba tiba perut aku dia macam dah start buat hal. Sah dan tidak dinafikan lagi. Mestilahh nak cirit lagi. Aduhh.Makan tadi pulak tak beringat.
Toilet takdak pulak masa nak naik bot kat jeti. Masa tuu muka nak terberak masih boleh control lagi. Semuanya tak terkawal apabila aku dapat tahu perjalanan naik bot nak ke Kampung tuu ambil masa sejam setengah. Bayangkan muka aku dah naik biruu tahan keseksaan untuk melepaskan kepahitan.

Paling kurang ajar sedikit, apabila ada anasir anasir jahat cuba buat lawak dengan sengaja sedangkan mereka tahu aku sedang sengsara. Masa tuu aku fikir nak sepak sorang sorang jatuh dalam Sungai Mekong biar kena makan Buaya. Sampai jaa  bot yang berkelajuan kura kura itu berlabuh, aku dah cakap dah kat sorang kawan aku ni wehhh tolong bgitau orang tuu wehh aku nak jambann. Aku tak tahan sangat niii. Tetiba pulak orang kampung kat situ susun panjang tanda sambut kedatangan kami. Ya Allah aku dah laa nak melepaskan ni. Terpaksa aku salam depaaa laju lajuuu. Terus zuppzappp pi jamban rumah orang. Syukur ada orang kampung bawak aku pi jamban rumah orang. Rumah orangg wehh. rumah orang. Melepaskan hajat di rumah orang sebab taktahan nak cirit. Memang tak senonoh..Perasaan dapat jamban tuu terlalu legaaa rasa macam nak sujud syukur.
Legaaa wehhh. Terserlah kelegaan dimuka aku oleh semua pihak.






Memang dah tetap hari tersebut, kami sebagai student UTM kena tolong team Medic sukarelawan  untuk program berkhatan/bersunat beramai ramai. Aku berpeluang jugaklah letak ubat bius + ubat tahan sakit dalam picagari lepas tuu letak jarum. Pehh. Memang bolehlaa acah acah jadi Nurse kejap.Kembali pulang ke homestay lepas selesai semua. Malam terakhirrr adalah malam yang sangat dinantikann. Kemass baju laaa apa lagiii! Rasa macam dah lost connection dengan family. Iyaalah wifi takdak. Line takdak. Ingat malam tu plan laa dengan semua student volunteer nak lepak lepak makan maggi cup sambil menghirup ayaq tehh.Tapi kena buat kerja lagi. Tulis resit. Tulis itu ini. Preparation untuk ibadah Korban esoknya. End up, pukul 2 pagi baru dapat tidoq.

Esoknya hari terakhir,perasaan excited tuu bukannya sebab dapat sambut Aidiladha kat overseas tapi excited nak balik Malaysia jaa. Tapi lain sangat bila sambut dekat tempat orang. Sebab culture depa sangat berbeza. Biasanya kat Malaysia, solat sunat hari raya dalam masjid, tahun ni aku solat dekat kawasan masjid dan di atas padang. Memang takdapat pengalaman ni kat Malaysia. Lagi best Khutbah tak faham apa. Sempatlah tengok masyarakat kampung, sembelih lembu. Jumlah lembu 64 ekor weh tapi kerjasama dengan kerja depaa lajuu teruk weh. Aku tak tipu. Finally balik Malaysia. Bila dapat tahu dah safely landed, perasaan suka bertambah suka. Siap aku cakap " yeah. Malaysia bolehh! Finally yeayy! Balik Malaysiaa!" siap boleh menari nari lagi.

                                    




Berakhirlah sudah pengembaraan secara percuma sebenarnya yang lebih kepada pengalaman cirit birit yang perit di Negara orang. Berwasapadalah dengan pemakanan anda. Lainkali jangan lupa sediakan ubat ubatan. Jangan jadi seperti aku. Walaupun keletihan, terselit sedikit kegembiraan dengan pengalaman yang sukar diramalkan. Nice to know 6 orang yang paksa rela sepanjang ada di Cambodia. Hampa semua sangat sporting.



Bye.



No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik